Tuesday, December 8, 2009

Sajak POLIGAMI.


Sajak Poligami

WAHAI TUHAN
Sebenarnya kami jahil
Tentang kenapa Engkau benarkan poligami
Kerana ia cukup pahit rasanya

Wahai Nabi
Kami amat yakin
Bahawa kata-katamu itu adalah benar-benar baik
Justeru itu kami mahu perjuangkan…
Sunnahmu itu

Wahai Yang Mencipta diriku
Di tengah gelombang penentangan yang riuh-rendah
Oleh wanita dan lelaki yang mengaku Islam
Mengaku beriman
Yang berhujah berputar-putar, berbelit-belit
Kami hamba-hamba perintis sunnah ini
Telah juga jadi pejuang poligami
Aneh!
Kenapa kami yang engkau pilih
Terlalu kerdil rasanya untuk berhadapan
Dengan penentang-penentang yang gagah

Wahai Yang Memelihara daku
Akan diterimakah apa yang kutulis ini?
Bahawa poligami adalah ubat
Adalah iman
Adalah taqwa
Adalah syurga…?

Kerana di akhir zaman ini iman tidak dianggap penting
Taqwa tidak dikira bahagia
Mazmumah macam tidak perlu diubati
Dan Syurga-Mu bagaikan tiada
Justeru itu poligami dianggap karut belaka
Diejek –ejek dan diketawakan

Tuhan
Kalau bukanlah kerana-Mu
Untuk apa kami lakukan semua ini
Setiap kali menghadap-Mu
Kami ulang-ulangkan sumpah dan janji
Hidup dan mati adalah untuk-Mu
Lalu, janganlah Kau persia-siakan usaha kecil ini
Sudilah menerimanya
Dan menolongnya
Moga-moga pulihlah dendam manusia
Terhadap poligami
Moga-moga menanglah agama Engkau ini
Dan moga-moga berlakulah
Kebangkitan Islam akhir zaman
Di abad ini
Ummu Sofwah@Khadijah Aam ( Penulis sajak ini dan buku INDAHNYA POLIGAMI yang telah 30 tahun hidup berpoligami)

0 comments:

Post a Comment