Thursday, December 17, 2009

Cantikkan kulit dgn buah kiwi


Buah kiwi bukan sahaja boleh menyegarkan tubuh, bahkan boleh membuatkan kulit kamu mulus tanpa noda. Buah kiwi kaya dengan vitamin C dan antioksida yang membantu meningkatkan imunisasi tubuh. Kandungan vitamin C yang terkandung dalam sebiji buah kiwi ini hampir sama dengan dua biji buah limau. Dibawah ini diberikan cara penggunann buah kiwi untuk kulit anda.

Kulit kering
Campurkan 1 sudu makan jus kiwi dengan 1 sudu makan minyak zaitun dan sebiji kuning telur. Adun dan sapukan ke seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit dan bersihkan dengan span.
Manfaat: Melancarkan perjalanan darah, melicinkan dan menenangkan kulit.

Pelbagai jenis kulit
Hancurkan sebiji kiwi, campurkan dengan 2 sudu makan yogurt asli, 1 sudu makan perahan limau/lemon, 1 sudu makan minyak almond, dam 1 cawan lobak merah yang telah dihancurkan. Adun sehingga menjadi adunan pasta. Sapukan pada wajah dan biarkan ia kering. Akhir sekali bersihkan dengan air sejuk.
Manfaat: Nutrien yang terkandung didalamnya membantu membuatkan kulit terasa lebih segar dan bermaya.

Kulit berminyak
Campurkan 1/2 biji kiwi, 15 ml yogurt asli, 5m1 susu skim, 5m1 madu, 5m1 oatmeal halus, dan 1 titis minyak essensial lavender di dalam pengisar makanan. Hancurkan sehingga menjadi lembut dan cair. Sapukan pada wajah dengan kapas. Lakukan urutan lembut, bilas dan akhir dengan sapukan pelembap dan penyegar.
Manfaat: Mendinginkan dan membersihkan kulit. Lakukan setiap hari.






Masker pembersih
Hancurkan sebiji kiwi, lalu sapukan rata pada wajah. Jika kulit terasa seperti pedih, ia bererti asid organik yang terkandung di dalamnya sedang 'bekerja'. Selepas 15 minit, basuh dan bilas wajah kamu dengan air. Akhir sekali bersihkan sisa masker dengar sapuan penyegar.
Manfaat: Membantu membersihkan kulit dan mengecilkan liang pori yang terbuka.

Masker peugelupasan
hancurkan 5-6 biji strawberi, 1 biji kiwi, 1/2 biji timun yang telah dikupas kuiitnya. Jika terlalu cair, tambahkan ia dengan satu sudu teh oatmeal. Sapukan pada wajah dan leher. Selepas itu lakukan urutan ringan agar sel kulit mati dapat ditanggalkan.
Manfaat: Membersihkan dan menyegarkan kulit.

Masker bervitamin
Hancurkan 1/2 biji pisang dan sebiji kiwi. Kemudian campurkan dengan satu sudu makan yogurt dan sapukan pada wajah secara merata. Biarkan selama 10-15 minit kemudian bilas wajah dengan air suam.
Manfaat: Kaya vitamin dan melembabkan kulit.

Kulit sihat dan Lembut dengan Masker Kiwi
Untuk mendapatkan kulit yang halus, lembut dan sihat, bukanlah sukar. Kamu hanya memerlukan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan sebagai ramuan utama. Bahan-bahan yang kamu perlukan adalah:

2 potong nanas
1/2 biji buah tembikai ukuran sedang
1 biji pisang ukuran sedang
12 biji anggur hijau
1 biji kiwi ukuran sedang

Cara membuatnya:
Hancurkan semua buah-buahan tersebut di dalam pengisar makanan. Simpan dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam. Selepas itu sapukan pada tubuh dan wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas sehingga bersih.

Kebaikan memakan buah kiwi:

*Membantu menjadikan mata lebih segar
*Kaya dengan antioksida dan enzim yang dapat menghalang radikal bebas
*Mengurangkan jumlah kerosakan sel akibat stress
*Mengurangkan masalah gumpalan darah yang menjadi penyebab utama faktor penyakit kardiovaskular

Fakta mengenai kiwi:

Buah kiwi mempunyai manfaat yang sihat untuk kulit. Boleh dijadikan ramuan utama untuk masker wajah. Kandungan vitamin dan antioksidanya penting untuk kulit. Ia dipercayai lebih baik daripada teh hijau. Kandungan asidnya berfungsi sebagai antibakteria untuk mencegah jerawat.

0 comments:

Post a Comment